KUALA LUMPUR: Uzbekistan akan memberikan pengecualian visa pelancong kepada 86 negara, termasuk Malaysia, bermula 1 Januari tahun depan.
Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov berkata pengecualian visa bertujuan menarik pelawat ke negara kelahiran Imam Bukhari itu yang menyasarkan 10 juta pelancong pada tahun depan.
“Industri pelancongan adalah salah satu tunjang utama ekonomi negara kami dan pelbagai langkah telah dirancang untuk menarik pelancong ke Uzbekistan, termasuk menambah jumlah negara diberikan pengecualian visa pelancong.
“Buat masa ini, ada 65 negara diberikan pengecualian visa pelancong antaranya Malaysia, Indonesia, Singapura, Jepun dan Turki dan tahun depan 23 negara akan ditambah,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama AlHijrah Online di sini hari ini.
Ravshan berkata, ketika ini jumlah pelancong yang melawat negara bekas anggota Kesatuan Soviet itu, menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari tahun ke tahun.
Mengulas lanjut, Duta Uzbekistan itu berkata seramai 2.5 juta pelancong melawat negara itu pada 2017 diikuti lima juta pelancong pada 2018 dan kira-kira enam juta pelawat pada 2019.
Beliau berkata Tashkent juga menjalinkan kerjasama rapat dengan Putrajaya untuk merancakkan industri pelancongannya antara lain dalam bidang makanan halal, pengurusan hotel dan promosi pelancongan.
“Kami juga melantik duta pelancongan Uzbekistan yang merupakan rakyat negara ini iaitu personaliti televisyen Daler Yusof dan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza yang merupakan Mufti Perlis,” katanya.
Ravshan berharap pelantikan dua personaliti dari Malaysia itu akan menarik lebih ramai rakyat negara ini untuk melawat Uzbekistan yang terkenal dengan lokasi tumpuan pelancongan bersejarah membabitkan tamadun Islam.
Jelasnya, sebagai sebuah negara yang mempunyai banyak peninggalan sejarah, terutama berkaitan perkembangan agama Islam, Uzbekistan menjanjikan pengalaman yang bermakna untuk semua pengunjung. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked