KUALA LUMPUR: Perkongsian pelakon, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan berhubung tindakan tidak bertanggungjawab produksi yang meminta beliau untuk membuka tudung menarik perhatian banyak pihak.
Ketika dijemput dalam program Analisis di TV AlHijrah pada Rabu lalu, Mia Sara memaklumkan perkara tersebut telah berlaku beberapa kali sejak beliau mula berhijab kira-kira lima tahun lalu.
Lebih mengejutkan, Mia Sara berkata permintaan untuk membuka tudung tersebut 90 peratus daripadanya datang daripada syarikat produksi Muslim.
“Sejujurnya, selama dekat lima tahun saya bertudung, 90 peratus orang yang suruh saya buka tudung adalah Muslim.
“Masa itu saya tersinggung. Awak (produksi) Muslim dan awak tahu bukan tidak tahu. Tapi tetap suruh macam itu juga. Bagi saya ia sangat tidak menghormati,” katanya dalam program bual bicara Analisis yang membincangkan topik Industri Seni, Tindas Pelakon Berhijab?.
Bagaimanapun Mia Sara berkata, perkongsiannya baru-baru ini berhubung isu membuka tudung merujuk kepada sebuah produksi bukan Islam dan beliau cuba positif bahawa pihak tersebut tidak mengetahui kesalahan untuk berbuat demikian.
Katanya lagi, isu membuka tudung tersebut juga sudah dipendamnya untuk tempoh yang lama dan menganggap perkongsiannya baru-baru ini satu rezeki apabila perkara tersebut diberi perhatian oleh ramai pihak.
“Saya rasa saya perlu pertahankan diri saya dan orang Islam yang lain. Sebab itu saya buat keputusan untuk bercakap tentang perkara ini.
“Saya tahu ramai lagi artis lain yang kena tetapi masih tidak bersuara tentang benda ini,” katanya.
Dalam pada itu Mia Sara memaklumkan, penghayatan sesuatu watak yang dibawa dalam lakonan terletak kepada kemahiran dan bakat pelakon dan bukan pada hijabnya.
Kenyataan Mia Sara itu turut disokong pelakon berpengalaman, Fauziah Nawi.
“Pada saya penghayatan watak itu tidak ada kena mengena dengan ada hijab atau tidak.
“Jangan menyalahkan hijab, kerja kita tidak ada kena mengena dengan hijab pun. Bagaimana kita hendak menghayati watak adalah dengan kita memahami teks yang diberikan kepada kita,” kata Fauziah yang dihubungi ketika program Analisis.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata pemahaman terhadap isu hijab dalam kalangan produksi masih rendah dan pihaknya sedia bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri untuk memberikan maklumat kepada mereka yang berkenaan.
“Kita bersedia untuk membantu memberi penjelasan kepada produksi-produksi terutamanya yang bukan Islam, bahawa pentingnya untuk mereka yang berhijab ini menjalankan aktiviti lakonan mereka dengan bebas dan tidak ada halangan untuk mereka memakai tudung tersebut,” katanya yang turut dihubungi melalui Skype ketika siaran langsung Analisis.
Anda yang terlepas untuk menyaksikan perbincangan tersebut boleh menonton kembali di Youtube Analisis TV AlHijrah. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests