9,152 CALON DIPANGGIL TEMU DUGA UNTUK ISI 4,914 JAWATAN TETAP DI KKM – SPA
“SPA telah mengemukakan senarai nama calon yang hadir temu duga kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 31 Mac 2023 untuk semakan terperinci bagi memastikan semua calon yang dilantik memenuhi syarat khusus yang ditetapkan oleh KKM,” menurut SPA
PUTRAJAYA: Seramai 9,152 calon dipanggil temu duga bagi urusan pelantikan tetap untuk mengisi 4,914 kekosongan jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41 bagi 2023, demikian menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
SPA dalam kenyataan hari ini memaklumkan urusan temu duga itu berlangsung dari 1 Mac lepas hingga 22 Mac lepas.
Jumlah kekosongan jawatan itu melibatkan 4,263 jawatan bagi Pegawai Perubatan Gred UD43, 335 jawatan untuk Pegawai Pergigian Gred UG41 dan 316 jawatan untuk Pegawai Farmasi Gred UF41.
“SPA telah mengemukakan senarai nama calon yang hadir temu duga kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 31 Mac 2023 untuk semakan terperinci bagi memastikan semua calon yang dilantik memenuhi syarat khusus yang ditetapkan oleh KKM,” menurut SPA.
Antara syaratnya ialah calon telah dilantik secara kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016; telah menamatkan latihan siswazah di dalam atau di luar negara; merupakan lantikan kontrak mulai 2016 hingga 2020 sahaja.
Syarat lain ialah calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh kontrak; dan tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap.
“Bagi urusan pelantikan tetap 2023, seramai 4,914 calon akan dilantik tetap berdasarkan kekosongan sedia ada.”
“Baki calon yang memenuhi syarat khusus KKM tetapi tidak ditawarkan lantikan tetap pada sesi pengambilan kali ini akan dijadikan calon simpanan. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan pada masa hadapan, calon-calon simpanan akan dilantik secara tetap. Sementara calon yang tidak memenuhi syarat khusus tidak akan dilantik,” menurut kenyataan itu.
SPA memaklumkan keputusan temu duga dijadualkan pada 17 April 2023 melalui e-mel, hebahan di portal rasmi dan Facebook SPA manakala surat tawaran pelantikan tetap melalui Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP) akan dikeluarkan pada 2 Mei 2023.
Calon perlu membuat persetujuan penerimaan tawaran dalam tempoh 14 hari dan melengkapkan semua dokumen yang dikehendaki.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager