Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASANGAN TULAR LAKUKAN PERBUATAN JELIK DALAM KERETA DIREMAN DUA HARI

DALAM NEGARA

PASANGAN TULAR LAKUKAN PERBUATAN JELIK DALAM KERETA DIREMAN DUA HARI

Pasangan yang tular melakukan perbuatan jelik di dalam sebuah kenderaan baru-baru ini dikenakan tahanan reman selama dua hari atas perbuatan tersebut.

PASANGAN kekasih berusia 22 dan 17 tahun yang tular melakukan perbuatan jelik di dalam sebuah kenderaan dikenakan reman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini. -foto kredit Utusan

JOHOR BAHRU: Pasangan yang tular melakukan perbuatan jelik di dalam sebuah kenderaan baru-baru ini dikenakan tahanan reman selama dua hari atas perbuatan tersebut.

Menurut laporan, perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan Majistret, Noorfazlin Hamdan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 3.03 petang, 29 Mac lalu.

“Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.

“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara pukul 4.15 petang hingga 5.15 petang, semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd. Sohaimi, semakan dibuat mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Dalam operasi tersebut, polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan merampas sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara selama tempoh dua tahun,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan insan negara ini.

Sebelum ini, tular satu rakaman berdurasi 23 saat yang merakamkan perbualan jelik kedua-dua individu berkenaan di dalam sebuah kenderaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading