Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ABANG VIVA TERIMA ANUGERAH KEBESARAN

DALAM NEGARA

ABANG VIVA TERIMA ANUGERAH KEBESARAN

Azwan sebelum ini tular di media sosial selepas usaha baiknya membantu mangsa banjir dengan membawa bot getah menggunakan kereta Perodua Viva hanya berbekalkan RM50 pada Disember lalu.

Sumber Gambar: BERNAMA

MELAKA: Azwan Omar atau lebih dikenali Abang Viva, telah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam, di sini hari ini.

Pengurniaan itu diberikan di Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Keroh, di sini, atas jasanya membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor dan Pahang.

Azwan sebelum ini tular di media sosial selepas usaha baiknya membantu mangsa banjir dengan membawa bot getah menggunakan kereta Perodua Viva hanya berbekalkan RM50 pada Disember lalu.

Sumber Gambar: BERNAMA

Memetik laporan Utusan Malaysia, RM50 yang diberikan oleh ibunya digunakan untuk mengisi minyak bot sebanyak RM20 selain baki RM30 digunakan untuk makanannya.

Azwan antara senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri bersempena Hari Ulang Tahun ke-73.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri selepas dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Sumber Gambar: BERNAMA

Penerima terdiri daripada anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan, ahli politik, ahli korporat, anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan, pengamal media dan ahli badan sukarelawan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading