KLFW 2022: BERFESYEN JANGAN SAMPAI PERSENDA AGAMA – IDRIS AHMAD

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menegaskan masyarakat untuk tidak memainkan serta membuat provokasi terhadap agama Islam.

Beliau memberi reaksi berhubung penampilan individu seolah-olah mempersendakan agama menerusi pemakaiannya sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) di ibu negara, baru-baru ini.

@beritaalhijrah114

Tular di media sosial seorang lelaki berbangsa Cina memakai songkok dan memakai baju separa bogel semasa KLFW 2022 di ibu kota #beritaalhijrah #beritaditiktok #fashion #kualalumpur #klfw2022 #kualalumpurfashionweek

♬ original sound – Berita Alhijrah – Berita Alhijrah

Ujarnya, setiap rakyat berhak menganuti agama masing-masing untuk mencapai kedamaian dan perpaduan yang utuh namun perlu menjaga sensitiviti agama lain.

“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera terhadap individu tersebut supaya perkara ini dapat dibendung.

“Individu tersebut perlu diberikan hukuman agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya semasa ditemui Wartawan Berita AlHijrah.

Sebelum ini tular di media sosial seorang lelaki berbangsa Cina memakai songkok dan memakai baju separa bogel semasa KLFW 2022 di ibu kota.

Tindakan tersebut mengundang kecaman orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu.–AlHijrah Online

Leave a Reply