WASHINGTON: Timbalan wakil tetap Afrika Selatan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Marthinus van Schalkwyk pada Selasa menyuarakan kebimbangan berhubung serangan Israel ke atas Rafah yang menempatkan lebih sejuta orang yang mencari tempat perlindungan.
“Pengumuman operasi ketenteraan yang diperluaskan ke Rafah (kini telah bertukar menjadi kem pelarian) menyebabkan lebih ramai penduduk Palestin diusir dan mengancam mata pencarian yang hampir sudah tidak wujud.
“Tindakan ini sama sekali mengabaikan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dikeluarkan pada 26 Jan,” kata Schalkwyk dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai pemeliharaan keamanan dan keselamatan antarabangsa, lapor Agensi Anadolu.
Beliau menambah bahawa tindakan Israel itu secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa, terutamanya dalam melindungi orang awam yang terperangkap dalam peperangan serta sengaja menafikan akses kepada bantuan kemanusiaan.
Kenyataan Schalkwyk dibuat selepas Afrika Selatan meminta ICJ menilai segera niat Israel untuk meluaskan kehadiran tenteranya di Rafah, mendesak untuk mempertimbangkan sama ada mahkamah itu perlu menggunakan kuasanya bagi menghalang lebih banyak pelanggaran hak Palestin.
Pada Dis 2023, Afrika Selatan memfailkan kes di mahkamah PBB, menuduh Israel gagal mematuhi komitmennya di bawah Konvensyen Genosid 1948.
ICJ menerusi keputusan interim pada Jan lalu berkata dakwaan Afrika Selatan adalah munasabah.
Dalam keputusannya, ICJ mengarahkan Israel untuk melaksanakan langkah sementara termasuk menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah-langkah menjamin bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk di Gaza. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests