Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.- Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan pemantauan berterusan terhadap reaksi awam berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemantauan itu antaranya bagi perkara yang berpotensi menyumbang kepada situasi ketidaktenteraman awam.
“Jika KDN dan polis mengesan reaksi berlebihan dan menerima aduan, (polis) melalui Pasukan Khas 3R khusus bagi menangani isu berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja, agama dan bangsa akan segera siasat dan lengkapkan kertas siasatan dalam masa tujuh hari, sebelum diserah kepada Pejabat Peguam Negara.
“Pemantauan secara berterusan akan dilakukan (terhadap elemen yang menyumbang kepada ketidaktenteraman awam), bukan istimewa untuk insiden ini sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.
Mahkamah Persekutuan sebelum ini dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan meliputi kesalahan sama.
Saifuddin Nasution menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan itu sama sekali tidak mencabar Islam atau menggugat peranan Mahkamah Syariah di negara ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata satu sesi libat urus bagi membincangkan mengenai Seksyen 4 Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 diadakan hari ini bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta aktivis.
“Buat masa sekarang, kita masih lagi memantau semua perkara, ketidakbolehan kita untuk melaksanakan atau mengguna pakai seksyen terbabit ekoran keputusan mahkamah.
“(Sama ada) ia memberikan disadvantages (kelemahan) kepada polis dan sebagainya, data-data itu akan dibentangkan, dari situ kita dapat membuat satu kesimpulan dan mengambil langkah ke hadapan,” katanya.
Pada April 2022, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keseluruhan Seksyen 4 POCA 1959 adalah tidak berperlembagaan dan menasihatkan agar semua tangkapan yang dibuat Polis Diraja Malaysia di bawah akta berkenaan ditangguhkan sehingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. — AlHijrah Online
SUMBER: BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests