AGONG PERKENAN TERIMA SEMBAH SENARAI JEMAAH KABINET BAHARU DARIPADA PM ISMAIL SABRI

Sumber Gambar: Facebook Istana Negara

KUANTAN: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mempersembah senarai anggota Kabinet baharu, di Istana Abdulaziz, hari ini.

Ia susulan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.

Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, sesi menghadap berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11.00 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – PM UMUM KABINET ESOK

Ini merupakan sesi menghadap kedua Ismail Sabri selepas menjadi Perdana Menteri.

“Sesi menghadap pertama berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau (Ismail Sabri) sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu.

Sumber Gambar: Facebook Istana Negara

“Usai sesi menghadap, Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada Perdana Menteri di Istana Abdulaziz,” menurut hantaran tersebut.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Ismail Sabri tidak akan membuat pengumuman berhubung pembentukan anggota Kabinet hari ini.

One comment

Leave a Reply