KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa pada hari ini.
Susulan peletakan jawatan itu, Al-Sultan Abdullah telah berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ perdana menteri sehingga perdana menteri baharu dilantik.
“Ini adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Seri Paduka baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri,” dalam kenyataan rasmi Istana Negara.
Dalam masa yang sama, Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin serta Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah kerajaan Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19.
Baginda selaku Ketua Utama Negara memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara serta menghormati apa-apa keputusan yang dibuat Muhyiddin berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh pada jam 11 pagi tadi, di Istana Negara.
Sementara itu, Seri Paduka Baginda memaklumkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.
“Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi SPR bahawa sehingga 10 Ogos, daripada sejumlah 613 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), sebanyak 484 kawasan (79 peratus) adalah zon merah COVID-19.
“Seri Paduka Baginda turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan,” dalam kenyataannya, hari ini.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar kemelut politik yang berlarutan tanpa kesudahan yang telah mengganggu kelancaran tadbir urus negara ini dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam pandemik COVID-19.
Baginda turut mengambil kesempatan untuk menyeru seluruh rakyat agar bertenang dan bersama Baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked