Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AIDILFITRI: KPM UMUM CUTI SEKOLAH TAMBAHAN PADA 19 APRIL

DALAM NEGARA

AIDILFITRI: KPM UMUM CUTI SEKOLAH TAMBAHAN PADA 19 APRIL

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti sekolah tambahan pada 19 April, Rabu, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Gambar Fail. – Bernama

PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju memberi cuti tambahan kepada semua sekolah di seluruh negara pada 19 April sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika mengumumkannya hari ini berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan guru dan ibu bapa terutama yang bertugas di negeri lain, merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Dengan ini pada 19 April, KPM mengisytiharkan cuti khas untuk semua warga KPM… jadi untuk hari itu tiada sekolah.

“Kita ambil kira semua pandangan dan untuk kesejahteraan guru-guru warga KPM urus perjalanan pulang ke kampung,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti KPM di sini hari ini. 

Berdasarkan kalendar akademik Sesi 2023/2024 KPM, cuti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri kumpulan A dan B adalah bermula pada 20 April (Khamis). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading