Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AKMAL SALEH, HILMAN ANTARA EMPAT INDIVIDU AKAN DIDAKWA DI MAHKAMAH

DALAM NEGARA

AKMAL SALEH, HILMAN ANTARA EMPAT INDIVIDU AKAN DIDAKWA DI MAHKAMAH

Kenyataan yang dibuat oleh individu itu didapati telah menggugat ketenteraman awam atau merupakan penggunaan yang tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

KUALA LUMPUR: ADUN Merlimau Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh dan ADUN Gombak Setia Muhammad Hilman Idham serta dua individu lagi akan didakwa di mahkamah, menurut Jabatan Peguam Negara (AGC).

AGC dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan bahawa berdasarkan keterangan dan kenyataan yang diperoleh, jabatan itu memutuskan untuk memfailkan pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) terhadap Dr Akmal dan Muhammad Hilman Idham.

“Jabatan ini telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan Dr Akmal di laman Facebook “Akmal Saleh” dan Muhammad Hilman melalui platform TikTok “alfah.channel.tv”.

“Kenyataan yang dibuat oleh individu itu didapati telah menggugat ketenteraman awam atau merupakan penggunaan yang tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” kata kenyataan itu.

Kenyataan sama memaklumkan bahawa pertuduhan juga akan dibuat terhadap Chandrasegaran Subramaniam dan Siti Hajar Aflah Sharuddin, berhubung kenyataan yang dimuat naik di akaun TikTok “cikguchandra3” dan “SHA_Abrienda” masing-masing.

“Siti Hajar juga akan didakwa mengikut Akta 574 manakala Chandrasegaran akan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).

“Semua pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Majistret dengan bidang kuasa tempatan dalam masa terdekat,” kata AGC.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading