AKTIVITI DI PUSAT BANDAR KOTA TINGGI “LUMPUH”, AIR NAIK SEHINGGA PARAS DADA
KOTA TINGGI: Hujan berterusan dan air pasang penuh menyebabkan aktiviti di pusat bandar Kota Tinggi “lumpuh” dengan kebanyakan jalan utama masuk ke pusat bandar itu ditenggelami air sehingga paras dada setakat 12 tengah hari tadi.
Paras air di Bandar Kota Tinggi akibat limpahan air Sungai Johor ketika tinjauan hari ini. — Bernama
KOTA TINGGI: Hujan berterusan dan air pasang penuh menyebabkan aktiviti di pusat bandar Kota Tinggi “lumpuh” dengan kebanyakan jalan utama masuk ke pusat bandar itu ditenggelami air sehingga paras dada setakat 12 tengah hari tadi.
Tinjauan Bernama menggunakan bot mendapati air naik setinggi 1.5 meter di Jalan Indah, Jalan Jaafar, Jalan Niaga Utama, Jalan Johor dekat Arked Mara, Taman Kota Mas dan Jalan Tambatan.
Selain itu, Jalan Semanggar menuju ke Sekolah Menengah Jalan Tun Habab tidak boleh dilalui berikutan arus air deras selain Jalan Tun Sri Lanang ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana ditenggelami air sedalam 0.6 meter dengan jarak sejauh 650 meter.
Turut dinaiki air ialah Sekolah Agama Bandar dan Sekolah Kebangsaan Bandar dan cuaca pada masa ini mulai hujan.
Ketika ini, pelbagai agensi termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dilihat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa kerana ada segelintir besar yang terperangkap di dalam premis kedai.
Di Taman Kemang dekat sini pula, penduduk terpaksa bergelap selama beberapa jam sebelum dapat diselamatkan oleh agensi keselamatan.
Noordiyana Zakaria, 33, berkata dia bersama ibunya berusia 60-an, kakaknya, 36, dan anaknya berumur lima tahun antara yang terperangkap di dalam kediaman ekoran air naik mendadak sejak malam tadi.
Dia sekeluarga hanya sempat menjamah roti dan makanan segera sebagai alas perut sebelum diselamatkan pasukan penyelamat pagi tadi.
“Ada pasukan penyelamat datang untuk keluarkan ibu saya semalam, tetapi ketika itu saya keluar ke Bandar Kota Tinggi atas urusan penting. Ibu mahu menunggu saya pulang untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
“Saya tiba di rumah 20 minit kemudian, ketika itu, kawasan di sekitar Kampung Kelantan telah pun dinaiki air sehingga paras paha. Kami keluar sebab risau, air tidak menunjukkan tanda surut dan semakin naik, masa tinggalkan rumah tadi, paras air di luar rumah sudah paras dada,” katanya kepada pemberita selepas operasi menyelamat mangsa banjir di sekitar daerah ini.
Sementara itu, seorang pesara Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Ahmad Sujang mengakui kenaikan air banjir kali ini lebih pantas dan deras berbanding kejadian banjir pada Mac tahun lepas.
“Air naik terlalu laju bermula petang semalam. Dalam tempoh masa tiga jam sahaja, air sudah masuk ke dalam rumah.
“Kali ini banjir lagi teruk berbanding awal tahun lepas, kalau dahulu kami sempat naikkan, selamatkan barang apa yang penting tetapi kini barang elektrik semua tidak dapat diselamatkan, saya fikir untuk selamatkan nyawa sahaja,” kata warga emas itu.
Setakat 1 tengah hari, mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 7,959 orang yang ditempatkan di 53 PPS berbanding 6,564 orang di 51 PPS yang direkodkan pada 8 pagi tadi. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests