AKTIVITI TERNAKAN BABI TIDAK WAJAR DITERUSKAN DI KAWASAN CETUS KEGELISAHAN PENDUDUK – ANWAR
Kerajaan berpandangan aktiviti ternakan babi tidak wajar diteruskan di kawasan yang boleh menimbulkan kegelisahan penduduk kerana ia melibatkan isu bau, kebersihan dan kesihatan awam.
PUTRAJAYA: Kerajaan berpandangan aktiviti ternakan babi tidak wajar diteruskan di kawasan yang boleh menimbulkan kegelisahan penduduk kerana ia melibatkan isu bau, kebersihan dan kesihatan awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian itu bukan berasaskan sentimen perkauman atau agama tetapi bertujuan menjaga kesejahteraan komuniti yang terkesan.
“Saya tidak lihat ini (isu ternakan babi) dari segi kaum. Dari segi keperluan ya, orang Cina atau yang bukan Islam makan babi, jangan kita larang, itu hak dia.
“Tetapi kawasan penduduknya yang tidak makan babi termasuk orang Islam, itu tentunya kita tidak galakkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Perpaduan Negara di sini hari ini.
Anwar berkata kerajaan tidak menentang industri ternakan babi atau melarang orang bukan Islam memakan daging haiwan itu, tetapi pembangunan ladang ternakan perlu dijalankan di kawasan yang tidak menimbulkan kontroversi.
Beliau berkata kerajaan terbuka terhadap cadangan penggunaan teknologi baharu dalam industri ternakan babi yang dapat menjamin kebersihan, namun setiap cadangan projek ternakan perlu dibincangkan secara berhemah dan menyeluruh, termasuk dari aspek kesihatan, alam sekitar serta penerimaan penduduk setempat, sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Hal-hal ini kita boleh bincang secara baik. Apakah harus diteruskan di kawasan yang mungkin menimbulkan kontroversi? Saya jawab, jangan.
“Sebab kalau ada, cari tempat yang tidak menimbulkan kontroversi, kerana masalahnya jelas. Masalah bau, masalah kesihatan, masalah najis itu masalah yang jelas, bukan masalah yang direka.
“Jadi, cari tempat yang ada persetujuan bersama. Kalau di Kuala Lumpur tak ada, tak adalah. Kalau di Selangor susah, sukarlah. Janganlah cari masalah,” kata Anwar.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata isu seperti ternakan babi adalah perkara sensitif dalam masyarakat yang perlu ditangani secara rundingan dan bukan dengan bengis atau menghina.
“Kita hormat hak orang yang makan babi, dia hormat hak kita untuk jaga kawasan sesuai. Jadi, kalau begitu dia aman.
“Tetapi, kalau kita mula mengatakan tidak boleh sama sekali, fikir (dahulu), berbincang pula tak boleh, sebut terus marah, ada tunjuk perasaan, hal ini kita harus elak,” kata beliau.
Hadir sama pada majlis itu Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager