Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITAHAN PUKUL, UGUT WARGA EMAS SELEPAS KEMALANGAN 

DALAM NEGARA

LELAKI DITAHAN PUKUL, UGUT WARGA EMAS SELEPAS KEMALANGAN 

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul dan mengugut seorang warga emas selepas berlaku kemalangan kecil melibatkan kenderaan kedua-dua individu berkenaan di kawasan berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9 Cheras, semalam.

Sumber: Media sosial

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul dan mengugut seorang warga emas selepas berlaku kemalangan kecil melibatkan kenderaan kedua-dua individu berkenaan di kawasan berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9 Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata insiden itu dilaporkan oleh mangsa lelaki yang juga seorang pesara berusia 69 tahun yang mengatakan dia cedera dipukul dan diugut oleh suspek dalam kejadian pada 4.49 petang.

“Polis berjaya memberkas suspek yang merupakan seorang peniaga berumur 52 tahun di sekitar kawasan Kajang pada 11.30 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki itu kini direman dua hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu dimohon menghubungi Sarjan R. Ganesan melalui talian 012-6089180 atau balai polis berhampiran.

Terdahulu, video berdurasi kira-kira satu minit tular dalam media sosial, yang memaparkan suspek memarahi dan menendang mangsa yang sedang duduk di kerusi pemandu keretanya, manakala terdapat beberapa individu cuba menenangkan suspek.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading