AMANG SEKSUAL REMAJA LELAKI 17 TAHUN, PU AZMAN DIPERINTAH BELA DIRI
Mahkamah Sesyen Klang hari ini memerintahkan pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.
KLANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.
Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap terhadap Azman Syah, 42.
“Setelah mendengar dan meneliti saksi pendakwaan dan semua bukti dan serta meneliti hujahan pendakwaan, mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT (Orang Kena Tuduh) atas tuduhan pertama dan tuduhan kedua. Oleh yang demikian OKT diarah untuk membela diri,” katanya.
Ketika keputusan dibacakan, Azman Syah yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang dan setelah Syafeera menerangkan pilihan yang diberikan, dia memilih untuk meneruskan perbicaraan dengan memberi keterangan secara bersumpah.
“Yang Arif, saya memilih keterangan bersumpah dari kandang saksi,” kata pendakwah selebriti itu.
Mengikut pertuduhan, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Feb serta 29 Jun lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 12 Jan ini untuk sebutan semula kes.
Tujuh saksi memberi keterangan pada perbicaraan bermula 5 Sept lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ayuni Jamri dan Nurul Izzati Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad.
Turut hadir peguam Jabatan Bantuan Guaman Selangor Norhayati Johar selaku pendamping guaman bagi mangsa.
Azman Syah turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests