Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI KEBANYAKAN NEGERI DI SEMENANJUNG SEHINGGA ESOK

DALAM NEGARA

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI KEBANYAKAN NEGERI DI SEMENANJUNG SEHINGGA ESOK

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu manakala hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan).

Gambar hiasan (BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga esok. 

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu manakala hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan).

Menurut jabatan itu, petang ini dijangka berlaku ribut petir di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Hujan diramal malam ini di seluruh negara kecuali di beberapa kawasan di Sarawak (Kuching, Serian dan Samarahan) dan Sabah (Tawau) manakala ribut petir dijangka berlaku di Sandakan dan Kudat.

Esok, hujan dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan beberapa lokasi di Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).

Pada petang Sabtu, ribut petir diramal di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Pada Ahad (4 Dis) MetMalaysia menjangka berlakunya hujan pada sebelah pagi di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Sabah.

Pada petang dan malam pula diramal ribut petir di kebanyakan kawasan di seluruh negara. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading