Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS MB PERLIS MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

BEKAS MB PERLIS MENINGGAL DUNIA

Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh yang meninggal dunia di sisi ahli keluarganya, difahamkan menghidap sakit buah pinggang sejak lima tahun lepas.

Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, 78, meninggal dunia pada 3.15 petang tadi di kediamannya di Arau, dekat sini.

Allahyarham yang meninggal dunia di sisi ahli keluarganya, difahamkan menghidap sakit buah pinggang sejak lima tahun lepas.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Elham Hamid Abdullah dan lima orang anak iaitu tiga perempuan dan dua lelaki.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat esok di Masjid Lama Arau. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading