Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘ANGELINE TANYA, ABANG JAWAB’ ZAHIR KEMESRAAN ANGELINE TAN, SABRI YUNUS BINCANG SOAL JAWAB AGAMA

DALAM NEGARA

‘ANGELINE TANYA, ABANG JAWAB’ ZAHIR KEMESRAAN ANGELINE TAN, SABRI YUNUS BINCANG SOAL JAWAB AGAMA

KUALA LUMPUR: Sebuah lagi rancangan soal jawab agama berkonsepkan santai, ‘Angeline Tanya, Abang Jawab’ bakal menemui penonton TV Alhijrah bermula 4 September depan.

Rancangan itu bakal menampilkan pasangan suami isteri selebriti popular, Angeline Tan dan suami, Sabri Yunus yang saling bersoal jawab secara mesra dalam mengupas persoalan asas agama.

Menurut Penerbit ‘Angeline Tanya, Abang Jawab’, Rosmawani Mat Zin, keunikan rancangan itu adalah apabila persoalan-persoalan dan kekeliruan yang diajukan oleh Angeline Tan atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan dizahirkan dari perspektif seorang mualaf, manakala jawapan kepada persoalannya dihuraikan oleh seorang pendakwah pada setiap episod.

“Program ini sekali gus memberi kefahaman asas agama kepada golongan mualaf yang mungkin masih dalam peringkat awal mendalami perkara asas dalam ibadah.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, banyak nilai murni yang boleh dipelajari oleh penonton melalui 13 episod program ini.

“Program ini memaparkan sifat kebersamaan dan toleransi antara kaum dan budaya yang sudah lama terjalin dalam kalangan masyarakat Malaysia.”

Jelas Namanzee lagi, antara nilai-nilai yang dapat dipelajari menerusi rancangan ini termasuklah tentang adab-adab bertanya, mengurus persepsi, serta toleransi merentas kaum dan budaya.

‘Angeline Tanya, Abang Jawab’ juga, jelas Namanzee bertepatan dengan inisiatif dan teras Malaysia MADANI dan pelan Al Falah yang digagaskan kerajaan, yang memfokuskan nilai Daya Cipta, Hormat dan Ihsan melalui penerbitan sebuah program melalui kesenian dan media Islam.

Idea menerbitkan ‘Angeline Tanya, Abang Jawab’ tercetus hasil pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dengan pasangan berkenaan pada 30 April lalu.

Selain Namanzee, turut serta pada pertemuan di TV Alhijrah itu, Pengerusi TV Alhijrah, Mohd Khair Ngadiron. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading