Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LELAKI MAUT TERPERANGKAP DALAM LUBANG PEMBENTUNG DI JITRA

DALAM NEGARA

DUA LELAKI MAUT TERPERANGKAP DALAM LUBANG PEMBENTUNG DI JITRA

Dua lelaki maut selepas terperangkap di dalam lubang pembentung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting di Jitra, hari ini.

ALOR SETAR: Dua lelaki maut selepas terperangkap di dalam lubang pembentung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting di Jitra, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 pagi sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata kedua-dua mangsa berusia 27 dan 31 tahun itu berada di dalam lubang pembentung sedalam kira-kira 4.5 meter.

“Anggota bomba menggunakan alat pengesan gas bagi memastikan tahap bahaya gas yang ada di lokasi sebelum turun ke dalam lubang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Bustan berkata kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.32 tengah hari tadi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading