ANGGAP SERIUS DAKWAAN AKTIVITI JUAL BELI ORGAN – KP KESIHATAN
Sebarang dakwaan mengenai wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap sebagai sesuatu yang amat serius oleh semua pihak kerana ia merupakan eksploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan.
KUALA LUMPUR: Sebarang dakwaan mengenai wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap sebagai sesuatu yang amat serius oleh semua pihak kerana ia merupakan eksploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya terdapat aktiviti melibatkan pemerdagangan orang untuk tujuan jual beli organ, ia perlu disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
“Pihak berkuasa boleh menggunakan peruntukan sedia ada di bawah akta itu untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu jika pemerdagangan orang berlaku untuk tujuan pengalihan organ secara haram,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata perkhidmatan pendermaan organ dan transplantasi di negara ini melibatkan pendermaan organ daripada penderma hidup atau penderma selepas kematian (kadaverik) serta penerima organ iaitu pesakit yang mempunyai masalah kegagalan organ sama ada buah pinggang, hepar, jantung atau paru-paru.
Dr Noor Hisham berkata dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu jelas sebagaimana dalam Akta Tisu Manusia 1974 yang mengawal selia aktiviti pengambilan organ bagi tujuan perawatan daripada penderma selepas kematian (kadaverik).
Beliau berkata Malaysia juga telah menandatangani Deklarasi Istanbul mengenai Pemerdagangan Organ dan Pelancongan Transplan 2008 yang menyatakan bahawa organ untuk transplantasi haruslah diagihkan secara saksama kepada penerima sesuai, tanpa mengenal jantina, etnik, agama, status sosial atau kewangan.
Menurut Dr Noor Hisham deklarasi itu menekankan bahawa amalan yang menyasarkan individu atau golongan miskin dan lemah sebagai penderma organ perlu dilarang kerana ia dilihat sebagai menggalakkan pemerdagangan organ, pelancongan transplan dan komersialisasi transplan.
Katanya bagi memperketat tadbir urus perkhidmatan transplantasi di negara ini, KKM menubuhkan jawatankuasa transplantasi yang mengawal selia program pendermaan organ dalam kalangan penderma semasa hidup melibatkan pasangan bakal penderma dan penerima yang tidak mempunyai perkaitan kekeluargaan atau pasangan bakal penderma dan penerima bukan warganegara.
Beliau berkata jawatankuasa itu menilai pelbagai aspek termasuk latar belakang masalah perubatan, kesihatan mental dan tahap sosioekonomi semua permohonan pembedahan transplantasi bagi memastikan bakal penderma mempunyai sistem sokongan yang baik selepas pembedahan.
“Pembentukan tadbir urus perkhidmatan yang kemas sangat penting bagi melindungi hak bakal penderma dan memastikan pendermaan organ tidak melibatkan sebarang paksaan atau mempunyai unsur pemerdagangan.
“Konsisten dengan kewajipan negara dan antarabangsa, kementerian tidak menyokong mana-mana individu atau organisasi yang terlibat di dalam aktiviti perolehan organ secara haram serta tidak beretika dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa siasatan sekiranya diperlukan,” katanya.
Beliau menasihati orang ramai yang berikrar sebagai penderma organ agar memaklumkan hasrat mereka kepada ahli keluarga bagi menjayakan perkhidmatan transplantasi beretika di negara ini. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests