Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL LANCAR SERANGAN UDARA DI LUBNAN

DUNIA

ISRAEL LANCAR SERANGAN UDARA DI LUBNAN

Tentera Israel melancarkan serangan udara di Lubnan pada Jumaat, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza.

Asap kelihatan berkepul di kawasan bandar Gaza ketika Israel melancarkan serangan udara ke atas pejuang Palestin hari ini. – fotoAFP

NEW YORK: Tentera Israel melancarkan serangan udara di Lubnan pada Jumaat, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza.

Tentera Israel berkata di Twitter bahawa ia kini melakukan serangan di Lubnan.

Ia berkata serangan membabitkan sasaran milik kumpulan penentang Palestin Hamas di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

Pada awal Jumaat, tentera Israel menyerang dua terowong di Beit Hanoun dan Khan Yunis serta dua kilang senjata sebagai tindak balas kepada “ancaman keselamatan oleh Hamas”.

Mengulas serangan udara Israel itu, Hazem Kassem, jurucakap Hamas, berkata Israel memikul tanggungjawab penuh terhadap serangan dan pencerobohannya di Baitulmaqdis dan Gaza.

Kumpulan itu melancarkan roket dari Semenanjung Gaza mensasarkan Israel selepas serangan terbaru.

Tentera Israel juga mengeluarkan amaran di Twitter mengatakan siren berbunyi di selatan Israel.

Perkembangan terbaru berlaku selepas tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan secara paksa mengusir jemaah Palestin dua malam berturut-turut. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading