PERMOHONAN PENGAMBILAN KHAS GURU DIBUKA MULAI HARI INI – LIM
Permohonan bagi pengambilan khas guru menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dibuka mulai hari ini untuk menampung kekurangan sumber pengajar di seluruh negara ketika ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying (empat, kiri) beramah mesra dengan pelajar sekolah semasa melakukan lawatan pada Majlis Perasmian Pameran Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam Siri 3 Tahun 2023 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy hari ini. –fotoBERNAMA
IPOH: Permohonan bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi 2023, menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dibuka mulai hari ini untuk menampung kekurangan sumber pengajar di seluruh negara ketika ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata siswazah berminat boleh membuat permohonan mengisi kekosongan itu terutamanya dalam empat mata pelajaran kritikal iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.
“Para graduan sama ada daripada bidang pendidikan atau bukan pendidikan juga boleh membuat permohonan sekiranya berminat menjadi guru atau guru sementara.”
“Mereka boleh membuat permohonan melalui laman web dan kita harap pengambilan ini boleh mengatasi kekurangan guru di seluruh negara terutama dalam mata pelajaran tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tahun 2023 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy di sini hari ini.
Beliau berkata tiada tarikh tutup ditetapkan buat masa ini dan mereka yang pernah memohon sebelum ini tetapi tidak berjaya boleh mengemukakan semula permohonan mengikut opsyen mata pelajaran diperlukan Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dilaporkan kekurangan guru kira-kira 4.49 peratus atau 19,431 orang berikutan persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.
Dalam pada itu, Lim berkata kira-kira 1,000 pelajar menghadiri Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tahun 2023 di sekolah berkenaan bermula 9 pagi tadi yang dianjurkan dengan kerjasama KPM dan Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia dan Gabungan Lembaga Pengelola Sekolah Malaysia.
Katanya tujuan utama pameran itu ialah menyediakan platform bagi pelajar sekolah menengah, khasnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengetahui tawaran atau peluang disediakan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bersesuaian.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager