ANGGOTA POLIS GUNA TELEFON KETIKA MEMANDU DISAMAN

PETALING JAYA: Seorang anggota polis disaman selepas didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan satu video tular di media sosial mengenai kejadian terbabit yang dipercayai berlaku di Lebuh Raya Persekutan menghala ke Petaling Jaya.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 15 Mei 2022 jam 9 pagi. Anggota polis yang terlibat telah dipanggil untuk siasatan dan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu tersebut di bawah Kaedah 17(A) LN 166/59,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Tegasnya, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika menjalankan tugas. – AlHijrah Online

Leave a Reply