KES BAHARU COVID-19 MENINGKAT 119 PERATUS MINGGU LEPAS
KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 di negara ini bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 yang bermula dari 8 Mei hingga 14 Mei, meningkat sebanyak 119.2 peratus iaitu kepada 19,137 kes berbanding 8,732 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-18).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar Fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 di negara ini bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 yang bermula dari 8 Mei hingga 14 Mei, meningkat sebanyak 119.2 peratus iaitu kepada 19,137 kes berbanding 8,732 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-18).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,475,873 kes dengan 29,762 kes aktif.
Beliau berkata sejajar dengan peningkatan kes harian pada ME ke-19, purata kadar kebolehjangkitan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 70.2 peratus iaitu 0.97 berbanding 0.57 pada minggu sebelumnya.
“Bilangan kes sembuh pada ME ke-19 menurun sebanyak 59.2 peratus atau 30,930 kes kepada 12,618 kes berbanding ME ke-18 dan kumulatif individu pulih ialah 4,410,499.
“Kes kematian pada ME ke-19 menunujukkan sedikit peningkatan iaitu 3.1 peratus (32 kes kepada 33 kes) berbanding ME ke-18 dan menjadikan kumulatif kematian kini 35,612,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat 38 peratus untuk ME sama berbanding ME sebelumnya.
“Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat sebanyak 100 peratus melibatkan semua kategori pesakit.
“Secara keseluruhan, peratusan penggunaan katil PKRC meningkat sebanyak 100 peratus, penggunaan katil bukan kritikal meningkat sebanyak 18 peratus manakala penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) menurun sebanyak 10 peratus,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager