Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

APMM TAHAN PAKCIK, ANAK SAUDARA SELUDUP SYABU

DALAM NEGARA

APMM TAHAN PAKCIK, ANAK SAUDARA SELUDUP SYABU

Seorang bapa saudara dan anak buah yang dipercayai merupakan warga Thailand ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah jenis syabu ke negara ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA PERLIS: Seorang bapa saudara dan anak buah yang dipercayai merupakan warga Thailand ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah jenis syabu ke negara ini.

Pengarah APMM Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata kedua-dua suspek lelaki berumur 32 tahun dan 50 tahun yang menaiki bot kayu tanpa nombor pendaftaran ditahan pada kedudukan lebih kurang 14 batu nautika dari barat laut Kuala Perlis lebih kurang  8.00 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan, anggota penguat kuasa menemukan satu guni berwarna putih berisi 10 bungkusan teh Cina yang mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 10 kilogram dianggarkan bernilai RM500,000 dipercayai bagi kegunaan lebih 50,000 penagih.

“Selain itu turut dirampas sepucuk pistol model A3 automatik bersama satu kelopak berisi lima butir peluru hidup,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM520,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading