Tiga lagi daerah iaitu Tenom, Keningau dan Sipitang dilanda banjir di Sabah, selepas Kunak dan Penampang, sekali gus menyebabkan mangsa banjir meningkat mendadak kepada 724 mangsa daripada 201 keluarga, berbanding 75 orang daripada 14 keluarga pagi tadi.
KOTA KINABALU: Tiga lagi daerah iaitu Tenom, Keningau dan Sipitang dilanda banjir di Sabah, selepas Kunak dan Penampang, sekali gus menyebabkan mangsa banjir meningkat mendadak kepada 724 mangsa daripada 201 keluarga, berbanding 75 orang daripada 14 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan tujuh lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka petang ini iaitu tiga di Tenom, Keningau (2) serta dua di Sipitang.
Seramai 298 mangsa daripada 80 keluarga dipindahkan di Tenom dengan PPS Rumah Kebudayaan Makakagas menempatkan 259 mangsa daripada 71 keluarga; Rumah Kebudayaan Kalang Kanar (29 mangsa, tujuh keluarga) dan Rumah Kebudayaan Gunting (10 mangsa, dua keluarga).
Sementara itu di Keningau sebanyak 296 mangsa daripada 87 keluarga dipindahkan melibatkan PPS Dewan Gereja Kampung Senangang (199 mangsa, 40 keluarga) dan PPS Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (97 mangsa, 47 keluarga).
Di Sipitang, seramai 55 mangsa banjir membabitkan 20 keluarga dipindahkan membabitkan PPS Dewan Mini Mesapol (47 mangsa, 18 keluarga) dan PPS Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Chung Hwa Mesapol (lapan mangsa, dua keluarga).
Menurut kenyataan itu PPS Dewan Kampung Airport Tun Fuad di Kunak yang dibuka semala masih menempatkan 66 mangsa daripada 13 keluarga manakala PPS Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang yang dibuka awal pagi tadi turut mengekalkan penempatan sembilan mangsa daripada satu keluarga.
“Trend semasa mangsa banjir ketika ini meningkat, manakala hujan lebat telah berhenti pada petang ini,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran dalam laman sesawangnya memaklumkan Sungai Pegalan di Ansip, Keningau yang melebihi tahap bahaya pagi tadi menurun ke paras normal petang ini, manakala Sungai Padas di Tenom meningkat ke tahap amaran pada 176.91 meter (m) berbanding 157.57m pagi tadi.
Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan turut memaklumkan Jalan Amboi 1 di Tenom ditutup dan tidak selamat untuk dilalui orang ramai ekoran kerosakan jalan akibat banjir kilat.
“Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Tenom-Kuala Tomani,” menurut JKR.
Menurut jabatan itu, Jalan Beaufort di Menumbok tidak boleh dilalui kenderaan kecil petang ini berikutan banjir akibat limpahan air Sungai Padas, justeru penduduk dinasihatkan menggunakan laluan alternatif di Jalan Limbawang Bypass. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked