ARAB SAUDI SETUJU TERUSKAN ‘MAKKAH ROUTE’ KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi bersetuju meneruskan inisiatif Makkah Route atau prapelepasan kepada bakal jemaah haji dari Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman ketika sidang media khas Tabung Haji di Menara Tabung Haji hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi bersetuju meneruskan inisiatif Makkah Route atau prapelepasan kepada bakal jemaah haji dari Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata pelaksanaan inisiatif itu akan memudahkan proses kemasukan bakal jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang negara itu.
“Pasukan Imigresen dan Kastam Arab Saudi akan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memeriksa pasport jemaah haji, jadi apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah mereka tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam.
“Jemaah haji akan terus menaiki bas ke hotel masing-masing sama ada di Madinah atau di Makkah, manakala beg mereka akan diuruskan pihak agensi dari Arab Saudi untuk dihantar ke hotel. Proses ini bukan sahaja tidak mengambil masa lama, malah memberi kemudahan yang sangat baik kepada bakal haji,” katanya pada sidang media Operasi Haji 2022 di sini, hari ini.
Untuk tahun ini, Syed Saleh berkata pihak TH akan menggunakan perkhidmatan dua syarikat penerbangan bagi membawa bakal jemaah haji iaitu Malaysia Airlines Berhad dan SAUDIA Airlines (SAUDIA).
“Dua syarikat penerbangan tersebut akan menerbangkan secara sama rata setiap hari dengan penerbangan pertama akan berlepas pada 4 Jun ini,” katanya.
Syed Saleh berkata pihak TH akan mengeluarkan surat jadual penerbangan kepada bakal haji secara berperingkat mulai minggu hadapan.
Beliau turut mengingatkan jemaah supaya melakukan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dalam tempoh 48 jam sebelum melapor diri di stesen pelepasan.
Bagi bakal haji yang positif COVID-19, katanya mereka masih berpeluang ke Tanah Suci sekiranya sembuh sebelum tarikh penerbangan akhir, namun perlu mendapat kebenaran pelepasan daripada pegawai perubatan terlebih dahulu.
“Kami akan bantu sebaik mungkin untuk mereka pergi juga selepas selesai kuarantin. Jika tidak berpeluang pergi tahun ini, kami akan beri keutamaan pula pada tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata pihak TH turut menyediakan pegawai dan pakar perubatan khas dari Kementerian Kesihatan bagi merawat jemaah yang positif COVID-19 ketika berada di Tanah Suci, termasuk menyediakan pusat isolasi di bilik hotel dan wad khusus. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests