Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS AMBIL ALIH GAZA: PENDIRIAN MALAYSIA TIDAK BERUBAH TERHADAP PALESTIN – PM ANWAR

DALAM NEGARA

AS AMBIL ALIH GAZA: PENDIRIAN MALAYSIA TIDAK BERUBAH TERHADAP PALESTIN – PM ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia terhadap Palestin tidak berubah susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia terhadap Palestin tidak berubah susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza. 

“Kita sedang teliti kenyataan (Trump). Pendirian kita tidak berubah sepertimana pendirian negara-negara Islam yang lain, kita akan ulas kemudian,” kata Anwar ringkas kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas melancarkan dua jilid buku berjudul A Malik Bennabi Reader serta penubuhan International Institute of Futures Studiesdi Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Media antarabangsa melaporkan Trump pada Selasa berikrar bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza yang musnah akibat peperangan selepas penduduk Palestin dipindahkan ke negara lain, dengan rancangan untuk membangunkannya secara ekonomi.

Langkah itu akan mengubah dasar AS terhadap konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading