Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AYOB KHAN: JANGAN PERTIKAI FATWA DIKELUARKAN PENGUATKUASA AGAMA

DALAM NEGARA

AYOB KHAN: JANGAN PERTIKAI FATWA DIKELUARKAN PENGUATKUASA AGAMA

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk tidak mempertikai fatwa yang dikeluarkan badan berkaitan agama Islam tidak kira di peringkat negeri mahupun pusat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dengan kumpulan pengganas adalah kerana tidak berpegang kepada fatwa dikeluarkan penguatkuasa agama di peringkat negeri atau pusat.

“Jangan pandai-pandai keluar fatwa sendiri. Kebanyakan individu terpengaruh dengan kumpulan pengganas pegang fatwa dikeluarkan individu bukan fatwa oleh pusat atau negeri,” katanya.

Oleh itu tegasnya, orang ramai patut menolak fahaman individu yang mempertikai fatwa dikeluarkan kerajaan pusat dan negeri.

Ujar Ayob Khan, majlis fatwa di peringkat negeri dan pusat, dianggotai pakar-pakar dalam bidang agama Islam.

Jesteru orang ramai diminta untuk mematuhi fatwa-fatwa yang telah digariskan dan bukan bertindak sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja “Keberkesanan Memerangi Ancaman Keselamatan Kepada Agama dan Negara” pada Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading