DEWAN RAKYAT DITANGGUH SEMENTARA SUSULAN AMARAN KEBAKARAN

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguh seketika susulan loceng amaran kebakaran dibunyikan.

Ekoran amaran berkenaan, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta semua pihak termasuk ahli Parlimen segera keluar daripada bangunan Parlimen.

Persidangan ditangguhkan kira-kira 15 minit sebelum kembali diteruskan selepas keadaan diyakini selamat.

Azhar berkata, punca insiden tersebut sedang disiasat. — AlHijrah Online

Leave a Reply