BACAAN IPU TINGGI, PENDUDUK KOTA BHARU AMBIL LANGKAH PAKAI PELITUP MUKA
Kualiti udara di sekitar bandar ini yang terjejas berikutan keadaan berjerebu membuatkan orang ramai mula mengambil langkah memakai pelitup muka untuk mengelak sebarang risiko kepada kesihatan.
Pemandangan pusat bandar kelihatan kabur berikutan jerebu ketika tinjauan hari ini. Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 12 tengahari tadi di Kota Bharu dan Tanah Merah masing-masing mencatatkan (93) dan (86) masih pada tahap sederhana. –fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Kualiti udara di sekitar bandar ini yang terjejas berikutan keadaan berjerebu membuatkan orang ramai mula mengambil langkah memakai pelitup muka untuk mengelak sebarang risiko kepada kesihatan.
Seorang guru Rosmalaili Abdul Rahman, 43, berkata beliau mengambil langkah memakai semula pelitup muka apabila mengetahui udara terutamanya di kawasan Kota Bharu merekodkan bacaan tidak sihat semalam.
Katanya beliau khuatir dengan keadaan jerebu ketika ini akan mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk sakit tekak, batuk, lelah dan sebagainya sekiranya tidak mengambil langkah penjagaan awal.
“Disebabkan keadaan cuaca yang tidak sihat ketika ini juga membuatkan saya turut meminta empat anak saya yang berusia antara lapan hingga 17 tahun untuk memakai pelitup muka ke sekolah.”
“Selain mengambil langkah penjagaan kepada diri sendiri dan keluarga, orang ramai juga perlu memainkan peranan untuk membendung fenomena ini daripada menjadi lebih teruk termasuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan sebagainya,” katanya.
Semalam, Kota Bharu dan Tanah Merah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan 107 dan 104.
Seorang wartawan sambilan Hazira Ahmad Zaidi, 34, berkata skop tugasannya yang perlu berada di luar hampir setiap masa untuk membuat liputan berita membuatkan beliau terpaksa memakai pelitup muka ketika membuat tugasan.
“Sejak kebelakangan ini saya mudah untuk berasa sakit tekak dan batuk sekali sekala berkemungkinan disebabkan cuaca yang kering dan jerebu ketika ini, namun setelah memakai pelitup muka gejala berkenaan dapat dikurangkan,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Operasi I Medikel Pharmacy Faiz Syahiran Mohamad berkata jualan pelitup muka di farmasi berkenaan semakin meningkat sekali ganda berbanding kebiasaannya sejak beberapa hari lalu.
“Sejak kebelakangan ini, jualan pelitup muka kembali laris dan meningkat sekali ganda susulan rata-rata masyarakat mula mengambil langkah penjagaan apabila berlaku jerebu di negeri ini.”
“Malah, tindakan itu juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan wabak COVID-19, terutamanya ketika negara bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests