Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BACAAN QUNUT NAZILAH SETIAP WAKTU DI MASJID, SURAU WILAYAH PERSEKUTUAN BERMULA HARI INI

DALAM NEGARA

BACAAN QUNUT NAZILAH SETIAP WAKTU DI MASJID, SURAU WILAYAH PERSEKUTUAN BERMULA HARI INI

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menggesa masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan bacaan Qunut Nazilah pada setiap waktu solat fardu.

Gambar fail. – Bernama

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata saranan itu bermula 8 November 2023 (Rabu) bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

“Saranan itu susulan tragedi serangan berterusan rejim Israel di Semenanjung Gaza Palestin yang mengorbankan semakin banyak nyawa para syuhada.

“Semoga doa dan munajat yang dititipkan tanpa henti dari kejauhan akan menjadi asbab pertolongan Allah SWT serta meringankan penderitaan dan menghentikan segera serangan kejam yang tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa,” katanya.

Setakat ini dilaporkan angka kematian akibat serangan Israel di Gaza telah membunuh 10,328 orang.

Hampir 26,000 orang pula dilaporkan cedera manakala 3,000 mangsa masih hilang. — AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading