Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONVOI KEMANUSIAAN DI GAZA JADI MANGSA SERANGAN – ICRC

DALAM NEGARA

KONVOI KEMANUSIAAN DI GAZA JADI MANGSA SERANGAN – ICRC

BANDARAYA GAZA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa berkata konvoi kemanusiaannya ditembak di Bandar Gaza.

Gambar fail konvoi kemanusiaan ke Gaza. – Bernama

BANDARAYA GAZA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa berkata konvoi kemanusiaannya ditembak di Bandar Gaza.

“ICRC menegaskan pihak-pihak yang terlibat perlu mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menghormati dan melindungi petugas kemanusiaan pada setiap masa,” Agensi Anadolu memetik kenyataan pertubuhan itu.

Konvoi yang terdiri daripada lima trak dan dua kenderaan ICRC dilaporkan sedang mengangkut bekalan perubatan ke kemudahan kesihatan, termasuk Hospital Al Quds Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin semasa ia diserang.

Dalam kejadian itu, dua trak rosak dan seorang pemandu mengalami cedera ringan.

Ketua delegasi ICRC di Gaza, William Schomburg berkata situasi berkenaan tidak menyediakan persekitaran yang selamat bagi kakitangan kemanusian meneruskan tugas mereka.

“Kehadiran kami di sini adalah untuk membawa bantuan segera kepada orang awam yang memerlukan. Memastikan bantuan penting sampai ke kemudahan perubatan adalah satu kewajipan undang-undang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading