Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAGA KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI KETIKA LAYARI BERITA, GAMBAR DARI GAZA – FAHMI

DALAM NEGARA

JAGA KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI KETIKA LAYARI BERITA, GAMBAR DARI GAZA – FAHMI

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengingatkan pengguna semua platform media sosial di negara ini supaya menjaga kesihatan mental dan emosi masing-masing ketika melayari berita serta gambar dari Gaza.

Antara kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan bom Israel. – AFP

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengingatkan pengguna semua platform media sosial di negara ini supaya menjaga kesihatan mental dan emosi masing-masing ketika melayari berita serta gambar dari Gaza.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menasihatkan pengguna yang berasa terganggu dari segi mental dan emosi dengan gambar serta berita yang diterima dari Gaza supaya mendapatkan khidmat kaunseling daripada pakar.

“Waktu ini kita terima banyak berita yang agak hiba dan menyedihkan dari Gaza. Jadi aspek kesihatan mental juga perlu kita tingkatkan kerana kadangkala apa yang kita lihat dalam media sosial itu tidak ditapis. 

“Seperti gambar kematian yang  mungkin boleh meninggalkan kesan kepada kita apatah lagi golongan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada majlis menjelang sambutan ke-50 tahun Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 1 Feb 2024 di sini hari ini.

Fahmi berkata secara jujur beliau sendiri turut terganggu terutama dalam minggu-minggu pertama serangan ke atas Gaza bulan lepas.

“Saya sendiri apabila buka Instagram Facebook, Twitter (X) dan TikTok, saya pun tak boleh kawal emosi secara peribadi. Ia amat sedih tengok ibu mendakap anak yang telah meninggal dan jenazah dibawa keluar daripada runtuhan. 

 “Bila kita lihat (gambar seperti itu) ia akan meninggalkan kesan. Jadi, utamakan kesihatan mental,  sekiranya merasakan (gambar dan berita Gaza) mengganggu emosi dapatkan perkhidmatan kaunseling daripada pakar,” katanya.

Menurut Fahmi bagi beliau berita yang memberi kesan mendalam ialah apabila terdapat wartawan yang membuat liputan di Gaza terbunuh.

“Sangat dahsyat. Wartawan pun jadi mangsa,” katanya.  

Gaza mula menjadi perhatian dunia termasuk rakyat Malaysia apabila mula diserang rejim Zionis Israel pada 7 Okt lepas. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading