Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAGASI BERISI BAHAGIAN MANUSIA DITEMUKAN DI TEPI LEBUH RAYA PLUS

DALAM NEGARA

BAGASI BERISI BAHAGIAN MANUSIA DITEMUKAN DI TEPI LEBUH RAYA PLUS

Sebuah bagasi hitam yang mengandungi beberapa bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan di sini, pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Sebuah bagasi hitam yang mengandungi beberapa bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan di sini, pagi tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata beg berkenaan ditemukan orang awam pada kira-kira 11.30 pagi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemukan beberapa bahagian badan (bahu ke pinggang) yang dikerat tanpa bahagian kepala dan kedua-dua tangan dalam bagasi itu.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti dan anggota badan berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata setakat ini polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading