Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA RAKYAT MALAYSIA MANGSA SINDIKET PENIPUAN PEKERJAAN SELAMAT PULANG KE TANAH AIR

DALAM NEGARA

TIGA RAKYAT MALAYSIA MANGSA SINDIKET PENIPUAN PEKERJAAN SELAMAT PULANG KE TANAH AIR

Tiga lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar telah berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air pada hari Selasa (17 Jan).

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

PUTRAJAYA: Tiga lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar telah berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air pada hari Selasa (17 Jan).

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 33 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. 

“Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand dan PDRM yang telah bersama-sama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dalam membantu menyelamatkan mangsa sindiket jenayah ini,” kata kenyataan itu. 

Kenyataan itu menyebut sehingga Isnin (16 Jan), Kementerian telah menerima sebanyak 519 laporan melibatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah sindiket penipuan di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

Daripada bilangan itu, seramai 373 orang telah berjaya diselamatkan dengan 346 orang dibawa pulang ke Malaysia dan 27 lagi masih berada dalam depoh tahanan.

“Kementerian melalui Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terlibat bersama dengan PDRM akan terus melipatgandakan usaha bagi menyelamatkan baki 146 orang mangsa sindiket jenayah ini,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading