Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAHASA MELAYU ANTARA 10 BAHASA TERJEMAHAN KHUTBAH ARAFAH

DALAM NEGARA

BAHASA MELAYU ANTARA 10 BAHASA TERJEMAHAN KHUTBAH ARAFAH

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Arafah yang bakal tiba pada Isnin depan (19 Julai), portal Manaratalharamain akan menyiarkan secara langsung Khutbah Hari Arafah dengan terjemahan 10 bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Usaha itu memberi peluang lebih ramai umat Islam seluruh dunia untuk mendengar dan menghayati Khutbah Arafah yang akan disampaikan oleh Syaikh Dr. Bandar Abdul Aziz Balilah dari Masjid Namirah.

Menurut kenyataan Projek Terjemahan Khutbah Arafah, Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah diamanahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Penjaga Dua Tanah Suci bagi melaksanakan projek berkenaan.

“Projek ini bagi menyempurnakan kesungguhan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan jemaah haji selain menyampaikan khutbah dengan lebih meluas.

“Program ini disiarkan secara audio di portal Manaratalharamain dan boleh diakses jemaah haji di Padang Arafah serta seluruh dunia,” katanya.

Bagi mereka yang ingin mendengar khutbah ini, boleh ke portal Manaratalharamain yang dijadualkan pada jam 12.30 tengah hari waktu Makkah atau 9.30 pagi waktu Malaysia.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading