Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA BERMULA 1 SEPTEMBER SECARA BERPERINGKAT

DALAM NEGARA

SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA BERMULA 1 SEPTEMBER SECARA BERPERINGKAT

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di sekolah dijadual bermula pada 1 September ini secara berperingkat, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia bagaimanapun akan bergantung kepada situasi semasa ketika itu serta penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (KKM).

“KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut dan sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal,” kata kenyataan KPM hari ini.

KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka.

Cadangan pembukaan semula sekolah secara bersemuka dibuat selepas mengambil kira kadar vaksinasi guru dan kakitangan sekolah.

Sehingga 16 Julai 2021, seramai 253,266 orang guru dan pentadbir (61.30 peratus) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilanjutkan sehingga 31 Ogos.

Keputusan melanjutkan PDPR selepas mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19.

“Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM,” dalam kenyataan tersebut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading