BANJIR DI HATYAI: 310 WARGA MALAYSIA DIBAWA KELUAR PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA
Sebanyak 310 warga Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand sedang dibawa keluar dari bandar itu dengan bantuan pasukan sukarelawan Malaysia.
ALOR SETAR: Sebanyak 310 warga Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand sedang dibawa keluar dari bandar itu dengan bantuan pasukan sukarelawan Malaysia.
Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani Leong Beng Tat berkata kesemua mereka menaiki tiga treler dan dibawa ke bandar Danok berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
“Bagaimanapun, perjalanan kami agak perlahan kerana ramai penumpang dan keadaan jalan yang masih ditenggelami banjir di beberapa kawasan.
“Selepas menghantar warga Malaysia itu ke Danok, treler berkenaan akan kembali semula ke Hatyai untuk mengambil rakyat Malaysia yang lain, perjalanan ulang-alik ini mengambil masa empat jam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata pagi tadi pihaknya menerima lebih 1,000 panggilan telefon daripada warga Malaysia meminta bantuan untuk memindahkan mereka atau membawa mereka keluar dari kawasan banjir.
Leong berkata keadaan banjir di Hatyai masih kritikal dengan paras air di sesetengah kawasan mencecah 1.5 meter dan menyukarkan operasi menyelamat warga Malaysia yang terkandas.
Beliau berkata misi membawa pulang warga Malaysia akan diteruskan sehingga selesai walaupun pihaknya berdepan pelbagai cabaran.
“Kita ada 30 sukarelawan dan bawa bersama 10 kenderaan serta lapan bot, kita akan cuba bawa semua yang terkandas keluar dari Hatyai. Ada yang mengadu tidak mendapat makanan dan sebagainya, kita juga berasa sedih,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked