AIR PARAS DADA, MANGSA BERDEBAR TUNGGU BANTUAN LEBIH LIMA JAM
Air yang naik dengan pantas sehingga ke paras dada menyebabkan Maznah Mohamad, 55, dari Kampung Paya Tok Kiong dekat sini, tidak putus berdoa supaya bantuan segera tiba agar dia dan suami dapat dipindahkan ke tempat lebih selamat.
JITRA: Air yang naik dengan pantas sehingga ke paras dada menyebabkan Maznah Mohamad, 55, dari Kampung Paya Tok Kiong dekat sini, tidak putus berdoa supaya bantuan segera tiba agar dia dan suami dapat dipindahkan ke tempat lebih selamat.
Menurut Maznah, walaupun setiap tahun berhadapan risiko banjir apabila tiba musim hujan, dia tidak menyangka akan melalui detik cemas seperti hari ini dan menyifatkannya sebagai banjir terburuk.
“Air tiba-tiba naik dengan cepat bermula 4 pagi tadi. Dulu banjir pun air tak sedalam ini, kali ini sampai ke paras dada. Saya tinggal berdua saja dengan suami di rumah.
“Sebelum bantuan tiba, saya dan suami duduk di beranda rumah yang agak tinggi. Lebih lima jam jugalah kami menunggu bantuan,” katanya kepada pemberita selepas diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang membuat operasi di kampungnya pagi tadi.
Mohamad Irfan Abdullah, 30, dari kampung sama berkata semalam keadaan masih baik dan dia tidak menyangka terpaksa berpindah hari ini setelah paras air di kawasan rumahnya naik hingga paras pinggang.
“Sebelum ni banjir tak dalam sangat pun, kami tak perlu pindah ke mana-mana pun, tapi kali ni kena pindah sebab takut air naik lagi tinggi dan bahaya,” katanya yang tinggal bersama isteri dan seorang anak lelaki.
Sementara itu, Pengarah APM Kedah Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata pihaknya menyelamatkan lapan orang penduduk terperangkap termasuk kanak-kanak menggunakan bot di Kampung Paya Tok Kiong pagi ini.
“Pihak kami ingin menasihatkan semua penduduk yang terlibat dengan banjir agar duduk di tempat selamat sehingga keadaan benar-benar pulih.
“Semalam pun pihak kami telah bantu memindahkan calon-calon SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) ke tempat selamat bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan yang bermula hari ini,” katanya.
Beliau berkata penduduk yang diselamatkan kemudiannya dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Wawasan di sini, yang baharu dibuka bagi menampung mangsa banjir yang semakin meningkat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager