Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SHAMSUL ISKANDAR UMUM LETAK JAWATAN SETIAUSAHA POLITIK KANAN PERDANA MENTERI

DALAM NEGARA

SHAMSUL ISKANDAR UMUM LETAK JAWATAN SETIAUSAHA POLITIK KANAN PERDANA MENTERI

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

Beliau berkata surat peletakan jawatan itu sudah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan MADANI, justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran sama, Shamsul Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Baru-baru ini, bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa agar perdana menteri mengambil tindakan termasuk kemungkinan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung sepucuk surat sokongan yang dikeluarkan oleh seorang daripada setiausaha politiknya.

Anwar menjelaskan bahawa surat sokongan berkenaan adalah “kabur” dan tidak membawa maksud arahan, selain menegaskan bahawa proses kelulusan projek tidak dipengaruhi oleh surat itu kerana pihak berkuasa berkaitan maklum sepenuhnya mengenai prosedur standard.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading