BANJIR KILAT: MANGSA PECAH PINTU, KOPAK BUMBUNG UNTUK SELAMATKAN DIRI
“Ketika itu saya sedang berbaring sebelum terdengar bunyi seperti hentakan di pintu. Bila saya jenguk ke luar tingkap, rupanya air sudah naik hingga ke paras dada.”
Jalan Mas di Taman Kolam Air merupakan di antara 25 lokasi yang dikenalpasti terjejas banjir kilat susulan hujan lebat kira-kira dua jam sejak tengah hari tadi. –fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Beberapa penduduk di Jalan Mas, Taman Kolam Air, di sini menempuh detik cemas apabila terpaksa memecahkan pintu dan bumbung rumah untuk menyelamatkan diri selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat petang tadi.
Mangsa, Muhammad Ikram Md Rashid, 24, berkata dia menyedari dirinya terperangkap selepas terdengar bunyi hentakan kuat pada pintu depan rumahnya.
“Ketika itu saya sedang berbaring sebelum terdengar bunyi seperti hentakan di pintu. Bila saya jenguk ke luar tingkap, rupanya air sudah naik hingga ke paras dada.
“Saya terus jerit minta tolong kerana kami yang berada dalam rumah tak dapat keluar sebab air di luar dah tinggi. Selepas 20 minit, baru ada jiran bantu kopakkan pintu,” katanya ketika ditemui BERNAMA di sini hari ini.
Dia yang bekerja di Singapura dan kebetulan tidak bekerja hari ini, berjaya keluar dengan sehelai sepinggang.
Sementara itu, Joshua Abraham, 29, yang menyewa di kawasan itu berkata dia dan rakan-rakannya terpaksa mengopak bumbung rumah untuk mengeluarkan seorang daripada rakan mereka.
“Semua terkejut bila dengar jeritan. Saya tak dapat nak bawa apa-apa, baju pun tak pakai. Saya risaukan pasport sebab saya kerja di Singapura, tapi hari ini tak kerja,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Dia juga tidak sempat menyelamatkan motor dan kereta miliknya kerana air naik terlalu cepat.
Seorang peniaga, P. Kili , 50, bimbang selepas dua kali dilanda banjir kilat dengan banjir kali ini lebih buruk.
Dia yang berniaga kedai makan, kedai dobi dan kedai barangan kahwin berkata kesemua barangan dan perkakas di ketiga-tiga kedai tersebut rosak teruk.
“Tujuh mesin basuh dan dua peti sejuk ditenggelami air. Saya tak sempat berniaga hari ini, semuanya sudah rosak.
“Kali pertama banjir pada tahun lepas tetapi cuma paras lutut, itupun sudah rugi ribuan ringgit. Tak tahulah bagaimana kali ini,” katanya dalam nada sedih.
Hujan lebat berterusan selama dua jam di bandar raya ini sejak tengah hari tadi mengakibatkan kira-kira 25 lokasi dilanda banjir kilat. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager