ANCAMAN ISRAEL TERHADAP WHO TIDAK BOLEH DITERIMA ATAU DIPERTAHANKAN – WISMA PUTRA
Tindakan Israel yang baru-baru ini mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya memindahkan bekalan daripada gudang perubatannya di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam ketika rejim itu meneruskan operasi daratnya, jelas tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Unit meriam Zionis Israel berhampiran sempadan Semenanjung Gaza di tengah-tengah pembantaian berterusan Israel. –Foto AFP
PUTRAJAYA: Tindakan Israel yang baru-baru ini mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya memindahkan bekalan daripada gudang perubatannya di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam ketika rejim itu meneruskan operasi daratnya, jelas tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata ancaman terhadap badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terutama yang menyediakan bantuan penting untuk menyelamatkan nyawa kepada mangsa konflik tidak boleh diterima dan tidak boleh dipertahankan.
“Tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini bukan sahaja melanggar hak asasi rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan hak mereka untuk hidup, bahkan turut menjejaskan usaha untuk mencapai penyelesaian damai terhadap krisis yang berterusan,” menurut Wisma Putra.
Pada Isnin, WHO berkata pihaknya dipaksa memindahkan bekalan dari gudang perubatan di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam selepas tentera pendudukan Israel memberi amaran bahawa bekalan itu tidak dapat diakses susulan operasi darat di sana.
Wisma Putra berkata Malaysia dengan tegas mengutuk kekejaman berterusan oleh Pasukan Pendudukan Israel (IOF) di Gaza selepas berakhirnya jeda kemanusiaan selama seminggu pada 1 Dis.
Ia menekankan bahawa kegagalan masyarakat antarabangsa untuk bersuara atau bertindak menentang pelaku jenayah tertentu yang terus menikmati kekebalan di bawah alasan membela diri adalah tanda jelas amalan dwistandard.
“Ia menghakis kepercayaan terhadap sistem multilateral dan prinsip undang-undang antarabangsa yang telah lama didokong,” menurut kenyataan itu.
Wisma Putra berkata masyarakat antarabangsa perlu bersatu dan bertindak dengan tegas dalam menuntut pelaku untuk menghentikan kegilaan ini, menghormati dan menyokong mandat organisasi antarabangsa dan menegakkan kesucian kemanusiaan.
“Hanya dengan cara ini kemajuan akan dicapai untuk merealisasikan visi negara Palestin yang bebas dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya,” katanya.
Sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh dan lebih daripada 43,616 yang lain cedera dalam serangan udara dan darat Israel tanpa henti ke atas wilayah tersebut sejak 7 Okt. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager