Daripada 36 hospital di Semenanjung Gaza, hanya lapan belas yang beroperasi dengan kapasiti terhad. Tiga menyediakan pertolongan cemas asas sahaja, manakala selebihnya menawarkan perkhidmatan separa.
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata keadaan di Semenanjung Gaza semakin memburuk setiap jam.
Wakil WHO di wilayah Palestin yang diduduki Richard Peeperkorn memberitahu pemberita di Geneva melalui pautan video dari Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa, bahawa jumlah penduduk yang berpindah dari tengah dan selatan Gaza terus meningkat, lapor Palestine News and Information Agency (WAFA).
“Keadaan semakin teruk. Serangan bom terus meningkat di merata tempat, termasuk di sini di kawasan selatan,” kata Peeperkorn.
“Orang ramai terdesak dan mengalami kejutan kekal. Kami berhadapan keadaan yang paling teruk,” katanya sambil menambah bahawa pengeboman dan kehilangan nyawa yang tidak masuk akal mesti dihentikan.
“Keutamaan kami sepatutnya menghantar secara berterusan bekalan perubatan dan trauma ke Gaza.”
Peeperkorn berkata jumlah bantuan yang berjaya dibawa oleh WHO ke Gaza “terlalu kecil”.
Daripada 36 hospital di Semenanjung Gaza, hanya lapan belas yang beroperasi dengan kapasiti terhad. Tiga menyediakan pertolongan cemas asas sahaja, manakala selebihnya menawarkan perkhidmatan separa.
Dua belas daripada hospital yang berfungsi ini terletak di wilayah selatan. Pada masa ini, terdapat 1,400 katil hospital yang tersedia di Semenanjung Gaza, jauh berkurangan berbanding 5,000 katil yang sasarkan oleh WHO.
Peeperkorn berkata sejak permulaan perang, terdapat 120,000 jangkitan pernafasan akut, hampir 26,000 orang dengan kudis dan kutu, 86,000 kes cirit-birit termasuk 44,000 dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun, yang merupakan 20 hingga 30 kali lebih tinggi daripada yang dijangkakan.
Sementara itu, kira-kira 1,150 kes jaundis serta kes cacar air, ruam kulit dan meningitis juga direkodkan.
Sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 43,616 cedera dalam serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti di kawasan itu sejak 7 Okt. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager