BANJIR: PENGELUAR, PEMBORONG DAN PERUNCIT DIBENAR SIMPAN 30 PERATUS STOK TAMBAHAN
Pengeluar, pemborong dan peruncit terpilih daerah dibenarkan menyimpan stok tambahan sebanyak 30 peratus daripada had simpanan lesen sebagai persediaan menghadapi bencana serta kecemasan.
KUALA LUMPUR: Pengeluar, pemborong dan peruncit terpilih daerah dibenarkan menyimpan stok tambahan sebanyak 30 peratus daripada had simpanan lesen sebagai persediaan menghadapi bencana serta kecemasan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata inisiatif itu adalah bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian serta makanan mencukupi ketika negara berdepan bencana banjir yang dijangka lebih sukar kali ini.
“Pemantauan rapi di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit di seluruh negara dilakukan untuk memastikan kecukupan bekalan dan memudahkan tindakan segera sekiranya berlaku gangguan bekalan. Ini adalah persiapan awal supaya ketika berlaku bencana, rakyat tidak terkesan untuk dapatkan barangan keperluan.
“Kita bukan sahaja pantau barang kawalan tetapi juga barangan yang mendapat permintaan tinggi ketika banjir seperti mi segera, lampu, ubat-ubatan, lampin pakai buang dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Love Local di Stesen PETRONAS Kota Damansara sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di sini hari ini.
Beliau berkata usaha itu akan dilakukan di seluruh negara namun tumpuan diberikan kepada lokasi yang kerap berlaku banjir seperti pantai timur dan kawasan terkesan serta berisiko.
“Kawasan tidak terkesan juga kita akan ambil tindakan kerana sekarang ini cuaca sukar diramal. Dahulu apabila bulan 11 dan 12, Terengganu dan Kelantan sahaja yang banjir tetapi sekarang ini negeri lain juga banjir.
“Ini adalah persediaan awal supaya masalah bekalan barangan ini tidak berlaku. Kita akan mengadakan pertemuan dengan pemain industri dalam masa terdekat untuk menstruktur strategi bagi pastikan bekalan barang keperluan cukup,” katanya.
Pada 18 Sept lepas, kementerian itu menubuhkan jawatankuasa khas bagi menghadapi musim banjir dan jawatankuasa itu sudah merangka pelan tindakan khusus untuk memastikan bekalan makanan mencukupi ketika berlakunya bencana.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager