KUALA LUMPUR – Kumpulan Bank Dunia menjangkakan penyambungan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Bandar Malaysia akan memberikan impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara untuk jangka sederhana.
“Pastinya, pelaburan awam akan menyokong pertumbuhan untuk jangka
sederhana daripada perspektif Keluaran Dalam Negara Kasar,” kata ketua
pakar ekonomi bagi Malaysia, Richard Record, kepada pemberita pada
taklimat mengenai perkembangan terkini ekonomi Asia Timur dan Pasifik
(EAP) di sini, hari ini.
Beliau, bagaimanapun, menggesa kerajaan mengambil langkah berhati-hati dengan projek-projek yang dilaksanakan supaya manfaatnya kepada rakyat dapat dimaksimumkan.
“Sebaik sahaja projek-projek dilaksanakan, kerajaan perlu fikirkannya secara mendalam dan bekerja keras untuk memastikan projek dikendalikan dengan berhati-hati, pemilihan kompetitif, perolehan awam dan pengurusan efisien untuk memastikan pulangan maksimum ke atas pelaburan aset awam,” katanya.
Kerajaan mengumumkan penyambungan semula projek ECRL pada 12 April dan penerusan projek Bandar Malaysia pada 19 April.
Berhubung penyusutan ringgit, Record menasihatkan kerajaan untuk memberi tumpuan pada asas-asas penting ekonomi daripada keadaan turun naik jangka pendek.
Beliau berkata asas penting ekonomi yang pelbagai mendapat manfaat daripada pertumbuhan pelbagai sumber, domestik dan asing, pembuatan untuk eskport, penggunaan domestik serta pelbagai sektor dan bidang.
“Mungkin, tumpuan patut diberikan untuk memperkukuhkan asas-asas berkenaan dan bagaimana Malaysia boleh meningkatkan produktiviti dan daya saingnya dalam jangka sederhana, dan ini akan memacu kadar pertukaran dalam jangka masa sederhana,” katanya.
Bagaimanapun, Rekod berkata, penyusutan ringgit kini memberi manfaat kepada daya saing luaran negara.
“Kadar pertukaran yang semakin lemah bagaimanapun agak membantu dari segi daya saing luaran ketika pertumbuhan global perlahan. Adalah tidak menyakitkan untuk mempunyai kadar pertukaran yang lemah dari segi prestasi eksport,” katanya.
Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS hari ini pada 4.1270 / 1300 daripada 4.1250/1300 pada penutupan semalam.
Sementara itu, Rekod menggesa Malaysia untuk mengurangkan kebergantungannya kepada pendapatan berkaitan minyak dan gas dan perlu mempelbagaikan sumber pendapatannya untuk mengurangkan kejutan di masa hadapan.
“Sebagai sebahagian daripada usaha penyepaduan fiskal Malaysia, terdapat beberapa pembaharuan dilaksanakan termasuk peralihan kepada cukai jualan dan perkhidmatan daripada cukai barang dan perkhidmatan, dan secara relatifnya perkongsian pendapatan berkaitan minyak dan gas sebagai sebahagian daripada pendapatan sektor awam telah meningkat,” katanya.
Beliau berkata peningkatan pergantungan kepada minyak dan gas bermakna Malaysia lebih terdedah kepada perubahan dalam harga minyak dan gas.
“Sekiranya kejutan besar berlaku, ia akan memberikan kesan terhadap hasil sektor awam, dan itu adalah sesuatu yang perlu difikirkan untuk jangka masa sederhana.
“Begitu juga, ekonomi Malaysia amat pelbagai dan menyediakan sumber kekuatan, kami ingin menggalakkan kerajaan untuk mempelbagaikan sumber hasil dan perlu menjadi lebih berdaya tahan terhadap kemungkinan kejutan di masa depan,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked