KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak ada suspek rakyat Malaysia terbabit dalam insiden serangan gereja dan beberapa hotel yang meragut lebih 300 nyawa di Sri Lanka, Ahad lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan awal
pihaknya mendapati kejadian serangan tidak mempunyai kaitan dengan
pembabitan warga Malaysia.
“Kita ada terima dakwaan mengatakan serangan itu ada membabitkan warga kita.
“Tapi siasatan awal kita mendapati tidak mempunyai sebarang tanda-tanda pembabitan rakyat kita dengan insiden itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
Dalam majlis itu menyaksikan Timbalan Pengarah JSJN, Datuk Kamarulzaman Mamat memangku tugas sebagai Pengarah JSJN berkuat kuasa hari ini menggantikan Datu Seri Mohmad Salleh yang bersara wajib.
Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, arahan telah diberikan kepada ketua polis negeri untuk mempertingkat keselamatan di setiap negeri biar pun kejadian berlaku di luar negara.
Katanya, langkah-langkah keselamatan dipertingkat termasuk di Kedutaan Sri Lanka di negara.
“Kita juga sedang berhubung dengan agensi berkaitan termasuk agensi tempatan dan antarabangsa untuk mengenal pasti rangkaian yang terlibat dalam kejadian terbabit.
“Kita sentiasa berwaspada dengan isu ini dan mengawal sebaik mungkin,” katanya.
Terdahulu, seramai 13 suspek ditahan susulan insiden siri pengeboman dahsyat menyasarkan gereja dan beberapa hotel yang meragut lebih 200 nyawa di negara terbabit.
Dalam kes berlainan, berhubung status kes anak perempuan dan bekas suami Indira Gandhi yang masih hilang, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya ada berjumpa dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan peguam yang memfailkan kes terbabit untuk bertukar maklumat serta pandangan.
“Polis tidak akan berdiam diri. Apa juga petunjuk yang diperoleh, kita akan bertindak. Kita harap orang ramai yang ada maklumat untuk beri perhatian untuk tindakan lanjut,” katanya.
Terdahulu, Prasana Diksa, 10, dibawa lari kira-kira 10 tahun lalu oleh Muhammad Riduan Abdullah, seorang mualaf sebelum ini dikenali sebagai K Patmanathan, setelah dia secara satu pihak menukar agama semua anak-anaknya kepada Islam pada tahun 2009. Prasana ketika itu hanya berumur 11 bulan.
Ini mencetuskan perbicaraan yang berpanjangan melibatkan kedua-dua mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Mahkamah Tinggi kemudian pada tahun 2014 mengeluarkan waran tangkap ke atas Riduan. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.