Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAPA DIDAKWA BUNUH BAYI LELAKI BERUSIA ENAM BULAN

DALAM NEGARA

BAPA DIDAKWA BUNUH BAYI LELAKI BERUSIA ENAM BULAN

Seorang pembantu perubatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas.

Pembantu perubatan Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas. –fotoBERNAMA

IPOH: Seorang pembantu perubatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas.

Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, penjawat awam itu didakwa membunuh Muhammad Zakir Asyraf yang berusia enam bulan di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fairpark di sini kira-kira 10 malam, 17 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jesseca kemudian menetapkan 12 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading