Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOLAT HAJAT HARI INI DAN ESOK DI MASJID, SURAU WILAYAH PERSEKUTUAN UNTUK RAKYAT PALESTIN

DALAM NEGARA

SOLAT HAJAT HARI INI DAN ESOK DI MASJID, SURAU WILAYAH PERSEKUTUAN UNTUK RAKYAT PALESTIN

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan solat hajat selepas solat Isyak pada 6 April 2023 serta bacaan Qunut Nazilah dan solat Hajat selepas solat Jumaat pada 7 April 2023 bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Gambar Fail. – AFP

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan solat hajat selepas solat Isyak pada 6 April 2023 serta bacaan Qunut Nazilah dan solat Hajat selepas solat Jumaat pada 7 April 2023 bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ia susulan tragedi serangan dan kekasaran tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa semalam.

“Jabatan ini menggesa agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk melaksanakan solat hajat pada 6 dan 7 April.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak bertanggungjawab dan kezaliman yang dilakukan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia. Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk keamanan rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah diarah untuk melaksanakan solat hajat sebagai tanda solidarity kepada Palestin.

Mohd Na’im turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel yang menyerang dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu sehingga menyebabkan kecederaan awam. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading